Pasangan yuri yang popular Yuri (istilah)

Michiru Kaioh and Haruka Tenoh from Sailor Moon

Meskipun banyak siri yang mempamerkan unsur-unsur yuri, psangan yuri yang paling popular muncul dalam Sailor Moon. Haruka Tenoh (Sailo Uranus) dan Michiru Kaioh (Sailor Neptune) mula-mula muncul dalam musim ketiga siri tersebut, secara langsung menunjukkan ciri-ciri berpasangan.Megumi Ogata, voice actor watak Haruka, diarahkan oleh pengarah siri itu untuk melakonkan wataknya seolah-olah Haruka dan Michiru adalah pasangan yang telah berkahwin.Hubungan seksual di antara Haruka dan Michiru ditapis bersar-besaran dalam versi alihan suara Inggeris dan Perancis, meskipun subteks lesbian itu sendiri dalam versi Inggerisnya masih jelas.

Secara umumnya, anime Sailor Moon mempunyai lebih sebutan-sebutan nyata terhadap unsur lesbian berbanding manganya, disebabkan pengaruh pengarahnya iaitu Kunihiko Ikuhara, yang telah mengatakan beberapa kali bahawa dia lebih meminati kisah lesbian.

Antara pasangan yuri yang kedua paling popular adalah Utena Tenjou dan Anthy Himemiya daripada siri Revolutionary Girl Utena. Serupa dengan Haruka dan Michiru, Utena berupa lebih "maskulin" berbanding pasangannya, yang telah mendesak memakai pakaian seragam sekolah lelaki.

Tomoyo Daidouji dan Sakura Kinomoto daripada siri Cardcaptor Sakura.

"Cinta tidak berbalas" juga diterapkan dalam shoujo-ai dan yuri. Misalnya, antara pasangan popular di bawah kategori ini ialah Sakura Kinomoto dan Tomoyo Daidouji daripada Cardcaptor Sakura. Dalam kes ini, cinta Tomoyo terhadap Sakura tidak berbalas dan berpihak kepada satu orang.

Shiori dan Sei daripada siri Maria-sama ga Miteru.

Satu lagi contoh dalam genre shoujo-ai dan yuri berasal daripada siri Maria-sama ga Miteru, atau hanya sebagai "Marimite". Marimite merupakan siri yang bertumpu kepada pembangunan perwatakan watak-wataknya tanpa sebarang aksi mahupun drama dalam plotnya. Kisahnya difokuskan terhadap gadis-gadis yang belajar di Lillian Jogakuen, sebuah sekolah Katolik perempuan di Jepun. Meskipun kebanyakan daripada genre shoujo-ai siri ini bertindak sebagai subteks sahaja, Sei Satō (Rosa Gigantea) tidak dikhuatiri dan bergaya sebagai seorang lesbian dan dua episod dalam musim pertamanya ditujukan khas buat dirinya dan bekas kekasihnya, Shiori Kubō. Yoshino Shimazu dan Rei Hasekura berkelakuan beberapa kali seperti mereka sebuah pasangan yang telah berkahwin, di mana mereka telah berkenalan sejak kecil lagi, tinggal bersebelahan dan berhubungan sepupu. Shimako Tōdō yang penuh miseri mula membangunkan sebuah hubungan romantik bersama-sama Noriko dalam musim kedua siri ini. Sejak tahun 2007, pasangan yang paling popular dikalangan peminat iaitu Sachiko dan Yumi masih berkekalan di tahap subteks, namun beberapa peminat, termasuklah Erica Friedman daripada Yuricon, menganggap bahawa hubungan yang ditonjolkan mereka akan berhenti di tahap itu sahaja.